Wednesday, February 27, 2013

Rant on holiday Pt. 2

bayangkan betapa sejuknya disana sampai air pun boleh jadi ais ~



21 Feb 2013

Pagi semua ! Grrr..sejukss ~ Nasib kat lantai ade heater. Rumah tempat kitaorg tinggal takyah letak kipas, wei.. sejuk free2 jer. Bila mandi, pergh. Macam mandi dgn AIS BATU bkn air batu. Darah kat tgn rasa mcm x berjalan jer. Hmm.. semalam sempat berskype ngan mak abah bgtau yg kitaorg selamat sampai. Pastuh BEAH lak nyibuk nak skype sama ~ JELES lah tuh ;P

After having some light breakfast –which is roti with susu coklat- kitaorg bertolak ke universiti achik. Han Yang Universiti..(promote skit u. sape2 berminat, bolehlah search kat Google) So, gerak skali ngan kawan2 achik + family diaorg. nampaklah segerombolan-org melayu-pakai tudung-sumee. org sana pndg pelik jee =,='

on the way to HYU
bunga2 yg dijual di jalanan ~

HYU - buat dlm stadium kecil je

such a simple ceremony - lecturer je yg hadir

siap ada band + soprano lagi

flower and teddy for achik ;P



 Of course, full korean language kot. Sepatah haramm pun aku tak faham. Dengar je laa.. Org bgn, aku bgn. Org duduk, aku duduk. Dah mcm lembu kena cucuk hidung dah. Then, tgkp2 gambar kat sini sket, sana sket ~ Finally, lunch time ! 

jgn risau ;) di tanggung HALAL
Alhamdulillah..perut pun dah diisi. boleh lah jalan2 lagi ;) next stop is ; MYEONG-DONG. shopping centre kot. Kitaorg pun belilah apa yg kitaorg nk beli ;) banyak lah jugak. Malas nak listkan. pendek kata apa yg korang nak mesti adalah ;D

banyak kedai

banyak orang

poster2 mcm nih pun banyak gak ;P

Around 5 pm kitaorg gerak gi Namsan Tower. hmm..ramai gak rakyat tempatan pegi sana ~

pemndgn dari kabel car. 


Namsan Tower nih terkenal dgn mangga2 yg sgt penuh. pengunjung akan mengunci mangga tersebut di pagar atau pokok. Dikatakan jika mangga di letakkan disitu, kasih sayang antara mereka akan berpnjgn ~ *tapi aku x buat pun. doa sudah. have faith in Allah*

me, beside is Namsan tower. sama tinggi kot ;P

mangga yg dikunci di pokok2      
dah berkarat kot .

Tuesday, February 26, 2013

Rant on holiday Pt 1



Salam, 
Setelah berbulan-bulan lamanya kutinggalkan blog ini kesepian tanpa pengisian.. Sungguh menyedihkan, bukan ? Tambah menyedihkan apabila pengikut2 “setiaku” sangat aktif ber’blogging’. Mungkin sampai disini sahaja karierku sebagai seorg blogger muda. Cett =,=’ karier lah sangatt ~ that’s it. Keputusan muktamad. Mulakan karier baru sbg seorg STALKER lebih mudah ku kira.. (tengok, ayat pun cam apa ntah..tak taulah org nak baca ke tidak :| )

HAH ! Ini mungkin akan menjadi postku yg terakhir. Dunia blog bukan dunia aku. Walaubagaimanapun aku akan kembali utk menerokai dunia yg penuh maya ini, setelah ku mempunyai peralatan2 elektronik yg mencukupi ;| (dah lama tak berbahasa ayat pun cam SAKAI )

 Jadi, post kali ni aku tujukan khas buat kakak2 ku yg terchenta lagi dikasihi yg kini sedang melanjutkan pelajarn dlm bidang masing2.. Saje nak bg jeles kat diaorg sebab diaorg x dapat pegi :D

dah siap pack !
brgn keperluan












Bangunlah jam 5 lebih (itupun sbnrnya dh terlewat) and terus ke LCCT. So, this is my first time naik besi terbang, first time travel luar malaysia tanpa ibunda dan ayahnda yg tercinta pluss travel berdua jer ~ and my feelings like berdebar-debar kott.. =.=' then, mak pun tinggal jer kitaorg kat sana.*hmm..Pandai2lah korang hidup sendiri* disebabkan first time pnya pasal, abah pun call tnya apa perkembangan kitaorg. Agak kelam kabut disitu tetapi berjaya diselesaikan setelah semua prosedur dilalui oleh kami . *alah, apa susah? ikut flow jer lah. itulah function signboard bagaii..*

Pastuh naik kapal terbang.. Sedih sket la. Sebab mostly yg pergi dgn family, kawan2..Meriah la jugak, en. aku? pergi berdua je ngan Sarah. Sedih sebab ajak Anis, tapi terlalu last minit and terpaksa cancel. padahal, mak ayah dia bagi jer kalau nak pergi. So, lepas ni kalau nk pergi mana2 and nak ajak kawan2 tolanglah inform awal2 yea ~ sekian terima kasih ;))
 

on the plane

Airasia X - tambang murah jee..


Bumi KOREA dgn suhu -2 darjah celcius



oho, suhunya yg sgt sejuk membuatkan ku kerap ke tandas. Carilah tandas kat airport. Masuk2 tandas..what the?? tak de paip getah? matilahh aku.. pandai2lah kau urus diri dkt negara yg org islamnya minoriti.. Nasib baik tandas dia bersih.aish..pengalaman baru nih.. Alif Ba Ta (aku baru tahu) . Dah sampai Incheon International Airport, tgk2 kena naik tren..apalagi? sumbat sajalah diri dan hand luggage sume dlm train uh.. then, sampai kat imigresen. Seriously? ramai gila rupanya foreigner yg masuk korea walaupun musim sejuk. Musim bunga dan luruh apatah lagi, en ? cantikk kot..

 Then, stuck lagi..nak kena turun kat mana nih? nak keluar pintu mana? Ah...bedal jer lah. Nasib, achik dah tunggu kat luar pintu arrival *bajet je nk letak papan tanda tulis 'anak cik shukor' takde pun~ *. keluar2 nampaklah abgku yg handsome telah lama tidak kujumpai di alam realiti (biasa jumpa kat SKYPE jerr). Lamagile kot achik tunggu. nak dekat sejam. patut 4.30 ptg bleh jumpa. Alih2 pukul 5.30 baru ketemu. risau kott. Then, solat kat tmpat yg terpencil kat airport. Dia tak sediakn pun ruangan or bilik utk solat. Tapi diaorg ada lah port utk solat.. Kita yg jakun ni pun follow jer lah ~ 

Dah pakai baju tebal2 sume, kitaorg pun gerak naik tren balik umah. Sistem tren diaorg lebih kurang jer dgn kat M'sia pkai kad. Tapi, diaorg tak pkai token2 nih. Kira mcm kalau kau takde kad, babai ar..Memang takleh naik tren la. Dalam tren, aku pun menikmati pemndgn yg mmg tak dapat kat M'sia. Kelihatan pokok beranting tanpa daun yg membaluti tubuh keding mereka sepnjg perjalanan, ditambah pula dgn tanah yg diselaputi salju putih.. Ah~ pemandangan yg sgt indah.. Walaupun penat, aku mmg tak boleh tidur ah dalam tren sbb asyik tgk pemndgn dia. 

Dalam tren. pukul 7.00
Lebih kurang 2 jam perjalanan dlm tren yg merentasi darat dan lautan *sumpahh,tren dia atas laut kott* akhirnya sampai jugak kat umah. Pergh..jalan dia. Berbukit bukau kot. Tak larat aku nak jalan dgn cuaca sejuk dia. Kalau angin tiup..lagilah. SABO jelahh. Then, DINNER TIME ! *perut aku mmg berkeroncong sejak dlm tren lagi.*

mkn nasi+telur+seaweed+salad+sos yg dia buat sendri kot. rasanya manis2 n sedikit pedas..  
 Dah kenyang dah sume ? *DAH !!* ok, jom shopping lak ! lagi? hmm.. beli lah sarung tgn, stokin tebal, baju, bekal makanan, minuman and so on. tak dek nya nak masak kat umah.. Tak smpat. buat masa nilah.. okayy, dah malam. Unpack brg, tukar2 baju sume and bersedia untuk tido ~ Tomorrow gonna be a long day for us ;) Sleep tight ~


Monday, December 27, 2010

TRON in 3D

Salam 1 Malaysia.
hmm..nak tulis apa yea? Kesian blog nie..sunyi, sepi jer. Usang plak tuh =,='. Blogger mana yg pemalas sgt nie? Dah lama follower2 tak dgr berita tentang saya ;P *bajet ada ramai peminat* huhuhu.. Maaf yea semua, baru saya teringat yg saya ada blog :)

OK.
Pada hari Rabu yg lepas, -ayat krgn- saya ke pawagam bg meng'usha' citer baru..Citer ape? citer BARU r !

TRON in 3D

           Yahh..ini cerita nya. Gempak la jugak. Oh ya, saya merupakan ambassador ntok citer nie jadi, saya nak promosi sket. Sila saksikan cerita ini di pawagam berhampiran anda. Untuk kenikmatan yg berganda, tontoni dgn HD dan 3D. Tapi, kalau nak kan pengalaman yg bermakna, tengok yg biasa punya sudaah. Faham skit. -aku tgk 3D tak ada subtitle plak- Tiket paling murah, RM10, pling mahal RM18. Best oo Citer nie rugi tak tengok.

Semalam sya mimpi naik benda nie sambil berlawan dgn org ini.
Jalan cerita dia macam mana? Macam tuhh la.. Nak tahu? Tengok sendiri la. Bukan setakat jalan citer je yg korang tahu, Tema, Latar masa & tempat, Watak & perwatakan dan juga segala2nya yg korang nak tahu. Tapi, korang jgn terkejut sepnjg korang menikmati cerita tuh, ada suara2 sumbang yg mengganggu korang.
HAHAHA ;DD Takpe, korang jgn ragu2 nak suruh diaorang senyap kerana ia pernah terjadi kpd saya sewaktu saya menyaksikannya..

             OK. Dah habis tengok citer, tiba2 perut meraung minta diisi. *perut meraung??* Lapar la tuh maknanya. Ayat saya agak bersifat personifikasi sedikit. Jadi, pergilah makan mewah sket..padahal pizza jer pun. order la makanan..

nmpk sedap, en ?
            Out of the BLUE, ada la seorg waiter yg berdiri di kaunter sambil berkata "Apa dia ingat PIZZA nie bapak dia yg punya ? skang nie shif dia, en ?" dgn nada yg agak bengang dan kuat kpd kwn2 sekerjanya sehingga didengari oleh saya. Lalu abg saya pun menjawab dgn nada yg hanya didgri oleh saya "Tak la, apa dia ingat pizza nie Datuk dia yg punya ?" saya pun ketawa mengekek sambil mengangguk2kan kepala. *Tak sangka abang saya sebegini rupanya*

             Pada pndpt saya, kejadian sebegitu tdk seharusnya dipaparkan dihdpn customer2 yg disayangi *cett =,=* Bkn apa, nanti ia akan memberi tanggapan yg buruk kpd mereka sendiri. Agak2 bengang, kan.. Pergi la kat dapur ke, tempat2 yg tak der org ramai ke. Btol tak ? tak Betul ? Lantak B-)

___________________________________________________

 OK.
Ni citer pasal result PMR plak. urm..NORMAL ker kalau malam sblm keputusan pmr kluar tak boleh tidur ? normal, KOT. The thing that worries me is my science paper. takot tak dpt A. Harituh buat cam apa jer.. Susah kot soalan dia. Rasa cam x tak pernah belajar jer.

Alhamdulillah.
Keputusan sangat membanggakan semua pihak. Nak tahu keputusan saya? Sila klik sini. Lebih kurang mcm tuh la. Tapi, saya tak dapat berlama2 di sekolah kerana terpaksa ke sekolah lain utk mengambil lagi satu keputusan pmr utk org yg lagi satu. Siapa org yg lagi satu tuh ? Lu pikir la sendiri !
Apa2 pun sejuta penghargaan dan ucapan trimas buat GURU2, RAKAN2 dan kedua-dua IBUBAPA saya. Jadi, saya sgt2 menanti HADIAH drpd anda. YA ! anda ! owh, jgn terkejut sgt sebab semua yg cemerlang akan meminta2 kpd org yg disayanginya. So, dah ada ker belum ? *kening angkat2*

Muka2 cemerlang SMKS 18
oh ya, saya tiada dlm gmbar. huhuhuhu ;-( . credits to Salisa Sofya.

Thursday, December 02, 2010

I've gone through it.

Urmm...
Lama banget deh rasanya enggak menulis. Rasa kangen pula..*tak faham? pergi cari kamus indon-melayu*
Sibuk sgt nie knapa? sampai tak sempat nak mem'blog'ing.

OH YA,
Apa cerita kali ini? Jadi hari ini saya keluar awal pagi semata-mata untuk UKKM. *menatang-apa-tu*
It stands for Ujian Kecenderungan Kemasukan Mrsm. Ya. Untuk budak macam saya yg SANGAP sgt nk masuk MRSM. huhuhu.. (bukan apa, sbg back-up kot2 skola 18 taknak terima aku sbg student mereka)
Jadi, saya pun 'STUDY' la habis-habisan. tapi, beberapa hari sebelum menjelangnya ujian tersebut, saya berhenti study sebab kalau lagi saya study lagi saya tension. *PMR dh abes mehh.. buat apa berusaha sgt?*


SO, how is it going?
pergh..memang GENTING betul la. first paper is MATH. mereka kata paper SUSAH. *ahh..perSETANkan kata2 mrk* Nak tak nak, jawab sajalah..saya x nak ingat benda ni tapi ia kerap mengganggu saya. apa dia? saya sengaja/tak sengaja tinggalkan 3 soalan. nak buat macam mana, nervous la..75 min for 40 questions. 
NEXT, is sains which is OK la..boleh la jawab..60 min for 50 questions. and LAST is paper about personality. maknanya paper yg awak boleh jawab suka hati awak..tapi kalau nak masuk mrsm nie kena pastikan yg awak leadership, responsible and....benda2 cam tuh la...

Konklusinya,
jgn mengalah sebelum mencuba. *ada kena-mengena ker?* apa2 pun saya harap saya diterima masuk. Doakan kejayaan saya, yea...

p/s: urm..bila nak dapat tawaran masuk asrama smks 18, ye??

Friday, November 05, 2010

currently interest to...

Salam 1 Malaysia

     ok. Dah lama tak post apa-apa. Nak kata tak buka blog, buka jer. intai jer blog orang lain. Tapi entah-apa-apa-angin-ntah yang buat tangan aku tak rajin menulis dan otak aku tak rajin mengolah ayat. Jadi, pada malam yang sunyi ini bertemankan bulan bintang, idea nak menulis pun datang.
_______

     pmr dah habis. *hajar, kau patut tulis ayat tu 3 minggu yg lalu*. ala semua org yg dah hadapi peperiksaan awam spt ini akan menulis seperti itu. betul tak?*angguk-angguk*. So now, i'm currently watching :

Personal Taste / Personal Preference

 starring :
 cerita ini mengisahkan tentang Jeon Jin-ho,seorg arkitek, yg berpura-pura menjadi gay semata-mata nak jadi roommate Park Gae-in anak pemilik sebuah rumah misteri(Sang-go-jae) yg tidak pernah dibongkarkan kpd org lain cara pembinaannya. Jeon Jin-ho memerlukan pelan rumah tersebut bagi membolehkan dia memenangi projek Galeri Dam Art. Bermulalah ceritera cinta antara Jeon Jin-ho dgn Park Gae-in. Nak tau cerita selebihnya, tengok lah sendiri yea...
_______
      Next, i'm listening to this;

Shinee - Hello

left : jonghyun, tae min, onew
memang best-tahap-cipan ar...korang dengarlah kat youtube...klik jer kt sini


       

Saturday, May 15, 2010

knapa korang pndg aku mcm tue?

ha...ha...ha...CHOOUUU!!!!
pergh....blog sape la berhabuk sangat nie??
laman sesawang yang penuh ngan sesawang
hhahahahahaha....lawak x??
lawak? gelak ar.
tak lawak? lantak korang la..

jom, bersihkan sket..

aa.....dah bersih pun...ble dh bersih, boleh lah letak cerita baru.
lama giler tak dgr cerita
nak dengar cerita tak?
nak?? boleh...tapi janji tau..
jangan TIDO.
apa lagi? teruskan scroll ke bawah...

*****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****    

              KRIIINNNGGGGG!!!!

        Loceng kedua kedengaran. Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Semua calon PMR 2010 dikehendaki berkumpul di dewan baru SMKS 18, SHAH ALAM untuk mendengar ceramah teknik menjawab bahasa inggeris yang disampaikan oleh penceramah luar, Cikgu Ruth Phillips. pergh...nama dia bak orang putih kawan miss Thana rupanya.

          "korang!! pergi dewan Al-Madani sekarang!!" Suara sumbang entah siapa yang menyuruh warga kelas 3 Ali ke dewan. Akhirnya...setelah menjalani satu sesi pembelajaran yg amat mengantuk, tiba juga masa yg dinanti-nanti. Maaf cikgu, bkn niat mata nk layu tapi apakan daya...semalam tido lambat...exam nak dekat. Semua warga kelas berkemas2 hendak ke dewan itu.

          "Wei Ali, kau bawak buku ape jer?" tanya Haziq kpd ketua kelas.
          "Laa...kena bawak buku ker?"
          "Iya la kan...bdk pndai. Tak payah bwk buku pun x per, kan??"
          "Spe kata? kau x nampak aku bwk nie??"

*****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****     *****    

          "Wei Imanah, jom turun ikut tangga guru", tanya Zue, kpd Imanah.
          "Tak nak ar...diaorang sumer ikut jalan jauh", baik rupanya Imanah nie.
          'Ah...lantak  kau la. aku x kira. aku nak turun gak ikut tangga guru' monolog Zue.

Seluruh pelajar tingkatan 3 berpusu-pusu ke dewan. Tidak ketinggalan warga kelas 3 Ali. Budak lelaki telah pergi dahulu, entah-entah sudah sampai agaknya. Manakala budak perempuan masih lagi di belakang bising-bising, sibuk bercerita. Biasalah tu, orang perempuan termasuk lah saya, si pencerita. Nad, Imanah, Aida, Aqilah, Iffah, Mimi, Engku, Wan, Sarah, Yana, Hajar dan Ummu sedang sibuk bercerita apa ntah semasa dalam perjalanan ke tempat yg ingin dituju.

Sedang lepak berjalan tiba2.....zapp!!!Zue turun ngan lajunya dari arah tangga guru tanpa perasan seseorang. Dengan muka sarcasticnya, dia bertanya kpd kami;

          "Eh, kenapa korang lagi lambat drpd aku? korang kan turun ikut tangga sana?"
          "Gulp...!!" kitaorang tdk menjawab malah memandangnya ngan muka yg kesian, kot...
          "Kenapa korang pandang aku macam tuh??" nie mesti ada yg tak kena nie. Lalu, Zue mengalih pandangannya ke kiri dan....alamak!! Ustazah la!!!
          "eh,eh, sori ustazah....sori..." ustazah mencerunkan matanya sebelum naik ke pejabat. Setelah itu, kami semua gelak ketawa bagai tak ingat dunia. HAHAHAHAHAHAA!!!!
           "Zue, kau tak perasan ke ustazah tadi?" tanya Hajar ngan ketawa yg masih bersisa.
          "Tak....tue lah aku pelik. knapa korang pandang aku cam tu. dah la tak jawab soalan aku."
          "dah la kau sorang  jer yg turun ikut tangga cikgu" tanya Nad.
          "tak, tadi aku ader ajak Imanah ikut skali. tapi dia tak nak"
          "Nasib baik aku tak ikut tadi."
          "kau tau tak? mata ustazah tadi macam nk kata 'knapa turun ikut tangga guru?' kat kau" kata Yana.
          "aku rasa ustazah in hurry ar. sebab tue dia tak tanya kot." nasib baik tak tanya. Kalau tanya?

Ha.....itulah ceritanya. So, the moral of the story : JANGAN turun ikut tangga guru. Betulla kata Ustazah Khatijah, warden aspuri yg terchenta 'kalau memang Allah nak tunjuk, Dia akan tunjuk. tak payah ustazah susah2 nak cari'. Jadi, siapakah ustazah yg terserempak ngan kitaorang? Korang pkirlah sendiri!
       

Saturday, January 16, 2010

Gi GIANT....yay!!!


Salam semua,
Ok, tengahari tadi saya pergi Giant. Membeli-belah sedikit utk keperluan harian bersama ibu dan kakak saya yang lain. Tujuan menulis di blog ini bukanlah untuk menceritakan apa yg telah saya beli tetapi nak beritahu sedikit kejadian yg amat menarik perhatian saya sepanjang membeli-belah di shopping compleks yg menjadi pilihan rakyat m'sia membeli-belah itu.

Scene 1
Masa tu tgh dok pilih2 stoking, ye la...stokin byk yg dh koyak, jd belilah satu dua psg yg baru. Tiba-tiba jer kakak saya tegur. Dia menuding jari ke satu tempat yg bukan sahaja menarik perhatiannya dan juga saya, malah staf2 giant yg lain yg sdg bekerja di situ...

"Amma, nk suit renang satu.."
"Kejap aa...nah, amik nie suruh appa pakaikan...", lalu wanita india itu pun memanggil suaminya dan memberikan pkaian renang tersebut. Si ayah pun mengambil pkain renang itu tanpa byk bicara.
"Mari sini nak, appa tgglkan baju tu.." pggl bapa bdak itu sambil menanggalkan baju anaknya yg kira-kira berusia satu thn itu.

       Tanpa memperdulikan org lain, si ayah menolong anaknya mencuba pkaian renang yg lain pula sambil terduduk di atas lantai kerana kepenatan *mungkin...nmpk cm pnat jer*.. Setelah selesai mencuba pkaian renang yg diidamkan, si anak terus berlari keriangan tanpa menyarung baju terlebih dahulu. Ayahnya hanya membiarkan sahaja mata2 yg memandang kerana keceriaan di wajah anaknya merupakan kegembiraan di hatinya.

        Persoalan pertama yg muncul di benak saya ialah knapa bapanya tak tukarkan baju anaknya di dlm fitting room? nak kata occupied, rasanya sumer kosong. Takkanlah tak muat kot. Anaknya taklah besar mana...bapaknya plak takde lah gemuk mana...Tapi bila difikir-fikir balik...siap kesah?? anaknya baru berumur 1 thn, apa yg hndak di segankan? Pada pndpt saya si ayah hanya menginginkan yg terbaik ntuk anaknya...
    
         Apa yg saya dapati drpd kejadian di atas ialah seorg ayah yg kepenatan tetap akan menggembirakan dan berusaha memberikan apa sahaja perkara yg diingini oleh anak yg di sayanginya. Jika tak disayangi pastilah anak itu tidak akan berada di Giant untuk membeli baju baru. Am I right?

Scene 2
Ok, selesai mebeli dan membayar sekarang masanya untk mem'belah'kan diri. Seperti biasa, sayalah yg kena tolak troli. Ibu saya sudah jauh berjalan ke hdpn ke kaunter penebusan hadiah sementara kakak2 saya yg lain pergi meng'order' KFC ntuk dibawa balik ke rumah sbg mkn tghari pd hari itu. 

      Sedang saya asyik menarik troli yg pnuh dgn brg2 yg sdah dibeli sambil mndgr mp3 di telinga, tiba-tiba...
.....Zzzaaaaaaaapppp.....
"aiya....adik aaa..."

      Tiba-tiba sahaja saya terasa ada seseorg yg memegang tgn dan troli saya. Oleh kerana tindakannya yg drastik itulah tidak semena-mena saya dan troli saya terhenti...

"mari sini adik...cuba produk ini. Sangat bgus woo...baik pnya brg"

*laa...promoter cina rupanya. nseb baik pompuan. kalau lelaki dh lama aku sepak terajang*
"eh, tak per la kak...tuh emak saya dh kat depan da tuh.. karang emak saya tgglkan saya pulak.."

"ala adik...sekejap saja maa...emak takkan tggl woo...mari cuba ini. boleh kasi hilang itu jerawat. bintik-bintik hitam pun boleh kasi x ada punya. akak tgk aaa muka adik byk jerawat. adik pkai ini boleh hilang pnya lorh... murah saja..kita kasi cuba byr rm6 shj..tak mahal mehh.." 

"tak per la kak, saya tak der duit laa..," mak...tolong!! *pndai kau eh, aku tau la mke aku byk jerawat...mangat gler ar promoter nie. smpai x nk lps tgn dia kat bdn aku nie ha..*

"ala adik...tak payah tipu saya lorh. takkanlah x der duit mehh...rm6 saja kasi cuba. kalau x berkesan kita kasi balik duitla..itu jerawat kalau x kasi hilang nnti dia merebak kat sblah pipi lorh.." *cehh...nk tipu aku konon*


*eh eh akak nie ske aty dia jer...kau x caya kau rsa sendri la poket aku nie. kosong plak*
"btolla akak...x der duit ni...tak per la kak. lain kali jer la.."

"lain kali? ok ble adik mau cari saya?"

setelah berfikir masak-masak dan dgn dahi yg berkerut...aku pun menjwb dgn yakinnya 
"urm...seploh taon lagi??" 
*aish amoi nie...dh aku kata x per la maknanya aku x nk la x fhm-fhm lagi ker? amik kau seploh taon aku bagi...*


"aiya maa...adik apa psl lama sgt? cuba sekarang saja lorh... x payah tggu itu seploh taon. adik sekarang umur brapa??"
"saya 15 tahun"
"adik kat rumah mcm mana jaga muka?"
"saya basuh muka saja akak...x per la kak, terima kasih jer la..lain kali saya cuba yea. emak kat depan dh tunggu dah"
"marilah adik...cuba...skejap saja. cuci mka saja x berkesan mehh"*ala...jgnla mcm nie...*

*dia nie mmg x phm bhsa melayu rupanya*

"x perlah akak tima kasih yea"


"yalah adik...terima kasih yaa...nnti mau cuba dtg sini aa" *x per la yg ini aku kasi lepas...*
amoi itupun melepaskan tgnnya dan membenarkan aku pergi...

fuhh...nseb baik "terima kasih akak..." aku pun pergi bersama  troli mndptkan ibuku yg sudah sedia tercegat di pintu keluar Giant tersebut. ya, aku pergi dgn hati yg tersangatlah lega...nseb dia tak paksa aku cuba kalau tak... sape nak byr??


"dia nk apa tadi?", tnya ibuku

"x der apa...dia jual produk apa ntah. nak buat hilang jerawat..."



       Itulah dia...adegan2 yg tak disangka boleh terjadi pd diri saya...pernah tak anda diserang oleh promoter yg sebegitu? atau mungkin lebih bersemangat drpd promoter yg saya ceritakan tadi? Agaknya lah kan kalaulah saya berada di tmpat promoter tersebut...pasti saya akan melakukan perkara yg sama sepertinya atau mungkin lebih teruk lagi??


bila saya baca semula...saya dapati bahawa cerita saya tersangatlah 1 Malaysia, btol tak??


a girl's melancholy,
1 : 20 am,
17 january 2010.